Qayyum telah berpindah,.sila klik www.qayyumstudio.com/blog
Posted in Uncategorized | Leave a Comment »
Hye Salam semua,.Qayyum harap semuanya dalam keadaan happy k,.Fuh hujung minggu ni agak kepenatan sebenarnya dengan aktiviti jalan-jalan sambil shooting,.semalam kami sepakat untuk pergi ke Zoo Negara, yelah sambil-sambil bejalan sambil shooting haiwan-haiwan kat sana,. hasilnya, masih belum memuaskan,.hehe,.sebab bagi Qayyum ini adalah pengalam pertama masuk ke Zoo Negara dan shoot haiwan,.memang jauh berbeza haiwan dengan ragam manusia nih,.yela dah resam haiwam,.bukan bolae diduga,.memang agak memenatkan memandangkan kena berjalan kaki dalam Zoo tu,.penat sampai pagi ni tak hilang lagi,.oklah,. Qayyum nak bersiap-siap untuk sesi photoshoot Pre Wedding hari ni,.nanti ada kelapangan Qayyum akan kongsikan a few shot aksi-aksi haiwan kat Zoo Negara semalam… stay tune k!!:D
PROSES PERPINDAHAN
Entry kali ini Qayyum nak ambil kesempatan untuk memaklumkan secara tidak rasminya Qayyum dalam proses perpindahan domain blog Qayyum dari blog asal Qayyum http:qayyum3rd.wordpress.com ke www.qayyumstudio.com/blog,.proses perpindahan masih lagi dilakukan secara berperingkat-peringkat,.jesteru itu Qayyum ingin memohon maaf dari semua pelanggan, bekas pelanggan dan semua pembaca setia blog Qayyum. Syukur Alhamdulillah perpindahan ini setakat ini dalam keadaan yang lancar meskipun agak perlahan (memandangkan Qayyum selenggarakannya sendiri). Blog Qayyum yang baru dalam masa ini dalam peringkat 95% untuk lengkap sepenuhnya,.diharapkan semua pelanggan dan pembaca setia dapat bersabar sementara menanti kemunculan Blog baru www.qayyumstudio.com/blog itu nanti.
Posted in Uncategorized | 8 Comments »
Pada 4 April 2009 yang lepas Qayyum menerima tawaran mengejut dari Fadh bagi liputan fotografi untuk pementasan teater MIMPI lakonan dan produksi pelajar UiTM Puncak Perdana di Istana Budaya. Kalau kali pertama dulu Qayyum dapat peluang keemasan memberi liputan untuk konsert Alam Muzik M Nasir kali ni merupakan kali kedua yang jugak memberi peluang yang bagus kepada Qayyum meskipun dalam keadaan mengejut!!,.Produksi pementasan teater MIMPI pernah mendapatkan khidmat fotografi untuk barisan produksi dan pelakon untuk teater ini sebelum ini, jadi kali ini merupakan peluang kedua kami bekerjasama.
Sabtu 4 April 2009 dalam lebih kurang jam 2 petang Fadh call maklumkan permintaan produksi teater MIMPI untuk liputan fotografi sepanjang pementasan di Istana Budaya sedangkan jam 8 malam Qayyum ade tugasan majlis perkahwinan Angah & Sasha,.haishh geleng kepala masa tuh!!,.ikut kehendak hati memang dah tolak bulat-bulat sebab bagi Qayyum komitmen pada client lebih penting,.penting untuk jaga reputasi market Qayyum,.tapi selepas Fadh janji untuk pastikan Qayyum balik tepat pada masanya jadi permintaan tu diterima,.Syukur lepas tamat pementasan,meskipun agak terlewat Qayyum cuba sedaya upaya untuk sampai ke majlis Angah & Sasha dan selamat sampai ke majlis tepat pada masa sebelum majlis..Syukur!!!:-)


Foto hasil kerja QAYYUMPHOTOGRAPHY di pamerkan di Istana Budaya sempena pementasan teater Mimpi arahan Jim O’connor yang diadaptasi dari karya William Shakespeare
Pesanan Ikhlas: Peranan Jurugambar juga adalah antara yang terpenting disebalik sebarang majlis dan acara, terutama dalam sesuatu acara yang amat bermakna, jadi pastikan anda selesaikan urusan mendapatkan Jurugambar berpengalaman dengan sebaiknya..so must be carefull:-)
MOHD HAYYU ARRASYID SOBERON
Photographer
QAYYUMPHOTOGRAPHY
Tel/SMS : 019 6346383
Email/YM : differentcomfortable(at)yahoo.com
Posted in Intertainment, Photojournalism | Tagged Istana Budaya, Jim O'connor, Kuala Lumpur, malaysia, Mimpi, selangor, Teater, Uitm Puncak perdana, William Shakespear | 10 Comments »
Hye Salam semua,
Tuan punya majlis kali ini adalah ‘Puan’ yang kecik molek dan ‘Tuan’ yang ‘ganteng’, Syasya dan Angah,.seronok dapat bekerja dengan pengantin berdua ni,.sebab family deorang ni best!!!, suasana pun mudah nak handle (almaklum kawasan JAWA!!) Syasya ni pulak memang sangat fotogenik-lah!!!, Angah pulak walaupun kurang suke bergambar tapi sporting dan mudah nak di posekan!!!(+macho maa, mestilahh,.sebab tu sasha jatuh cinta!!),.dan yang paling seronoknye dalam majlis deorang ni ramai tul awek-awek manis,.yeahoo semangatlah kerja tuh!!..
Sentuh sikit mula cerita pengantin berdua ni begini:
Qayyum : Syasya, cerita la sikit camne korang boleh bercinte ni,..semua dalam bilik ni mesti nak dengar,.(satu bilik sepakat gelak!!)
Syasya : Sebenarnye dulu start mase kat tempat keje
Qayyum : Korang satu tempat kerje ke dulu?(menyampuk!)
Syasya : Dulu die datang ofis handle mantainance aircond, mase tuh die kat bilik sebelah bilik Syasya,.dinding bilik pulak cermin so nampak la bilik sebelah..nampak la die jeling-jeling,..lepas tu Syasya gi bilik sebelah goyang tangge yang die naik tu,…..(masing-masing gelak besar dengar!!!)
Qayyum : oooo kirenye Sasha la start dulu,.
Syasya : Ha’a,.pastu Syasya mintak nombor telefon die dulu,…(sekali lagi satu bilik gelak besar !!!)
(sumber: mulut pengantin sendiri)
Hahaha,punyelah sweet cerite korang,..huishhh,..jadi berangan pulak Qayyum tibe-tibe ade awek datang nak mengorat,.haha,.tapi ape-ape pun korang memang ngam!!!dan tahniah sekarang korang dah sah jadi suami isteri,.ok lah macam janji Qayyum pada Syasya dan Angah malam ni Qayyum up sikit gambar untuk kasi panas line,.hehe yeahh…sekali lagi tahniah buat korang!!!!
ps: Buat awek-awek disana Qayyum salam rindu buat korang~~~yeayy
komen dari syasya 09 April 2009:
good job bro.. tanz a lot.. nnti aku smpaikan slm ko kat sume dara2 kat uma aku ari tu eh…..
(Yeay!!!)
Klik di SINI untuk koleksi perkawinan Angah & Sasha
MOHD HAYYU ARRASYID SOBERON
Photographer
QAYYUMPHOTOGRAPHY
Tel/SMS : 019 6346383
Email/YM : differentcomfortable(at)yahoo.com
Posted in Portraiture, Promotion, Wedding | Tagged akad nikah, Banting, enjoy, happy, kampung, malaysia, perkahwinan, pernikahan, photographer, photography, promosi, qayyum, qayyumphotography, selangor, sijangkang, sweet, Wedding | 10 Comments »




































