Feeds:
Posts
Comments

:::Berpindah:-):::

PINDAH

Qayyum telah berpindah,.sila klik www.qayyumstudio.com/blog

Apa yang berlaku??

DSC_0549 copy

Hye Salam semua,.Qayyum harap semuanya dalam keadaan happy k,.Fuh hujung minggu ni agak kepenatan sebenarnya dengan aktiviti jalan-jalan sambil shooting,.semalam kami sepakat untuk pergi ke Zoo Negara, yelah sambil-sambil bejalan sambil shooting haiwan-haiwan kat sana,. hasilnya, masih belum memuaskan,.hehe,.sebab bagi Qayyum ini adalah pengalam pertama masuk ke Zoo Negara dan shoot haiwan,.memang jauh berbeza haiwan dengan ragam manusia nih,.yela dah resam haiwam,.bukan bolae diduga,.memang agak memenatkan memandangkan kena berjalan kaki dalam Zoo tu,.penat sampai pagi ni tak hilang lagi,.oklah,. Qayyum nak bersiap-siap untuk sesi photoshoot Pre Wedding hari ni,.nanti ada kelapangan Qayyum akan kongsikan a few shot aksi-aksi haiwan kat Zoo Negara semalam… stay tune k!!:D

DSC_0661 copy

PROSES PERPINDAHAN

Entry kali ini Qayyum nak ambil kesempatan untuk memaklumkan secara tidak rasminya Qayyum dalam proses perpindahan domain blog Qayyum dari blog asal Qayyum http:qayyum3rd.wordpress.com ke www.qayyumstudio.com/blog,.proses perpindahan masih lagi dilakukan secara berperingkat-peringkat,.jesteru itu Qayyum ingin memohon maaf dari semua pelanggan, bekas pelanggan dan semua pembaca setia blog Qayyum. Syukur Alhamdulillah perpindahan ini setakat ini dalam keadaan yang lancar meskipun agak perlahan (memandangkan Qayyum selenggarakannya sendiri). Blog Qayyum yang baru dalam masa ini dalam peringkat 95% untuk lengkap sepenuhnya,.diharapkan semua pelanggan dan pembaca setia dapat bersabar sementara menanti kemunculan Blog baru www.qayyumstudio.com/blog itu nanti.

Teater Mimpi
Hye Salam semua,

Pada 4 April 2009 yang lepas Qayyum menerima tawaran mengejut dari Fadh bagi liputan fotografi untuk pementasan teater MIMPI lakonan dan produksi pelajar UiTM Puncak Perdana di Istana Budaya. Kalau kali pertama dulu Qayyum dapat peluang keemasan memberi liputan untuk konsert Alam Muzik M Nasir kali ni merupakan kali kedua yang jugak memberi peluang yang bagus kepada Qayyum meskipun dalam keadaan mengejut!!,.Produksi pementasan teater MIMPI pernah mendapatkan khidmat fotografi untuk barisan produksi dan pelakon untuk teater ini sebelum ini, jadi kali ini merupakan peluang kedua kami bekerjasama.

Sabtu 4 April 2009 dalam lebih kurang jam 2 petang Fadh call maklumkan permintaan produksi teater MIMPI untuk liputan fotografi sepanjang pementasan di Istana Budaya sedangkan jam 8 malam Qayyum ade tugasan majlis perkahwinan Angah & Sasha,.haishh geleng kepala masa tuh!!,.ikut kehendak hati memang dah tolak bulat-bulat sebab bagi Qayyum komitmen pada client lebih penting,.penting untuk jaga reputasi market Qayyum,.tapi selepas Fadh janji untuk pastikan Qayyum balik tepat pada masanya jadi permintaan tu diterima,.Syukur lepas tamat pementasan,meskipun agak terlewat Qayyum cuba sedaya upaya untuk sampai ke majlis Angah & Sasha dan selamat sampai ke majlis tepat pada masa sebelum majlis..Syukur!!!:-)
Teater Mimpi
Teater Mimpi

Foto hasil kerja QAYYUMPHOTOGRAPHY di pamerkan di Istana Budaya sempena pementasan teater Mimpi arahan Jim O’connor yang diadaptasi dari karya William Shakespeare

Teater MimpiTeater MimpiTeater MimpiTeater MimpiTeater Mimpi

Pesanan Ikhlas: Peranan Jurugambar juga adalah antara yang terpenting disebalik sebarang majlis dan acara, terutama dalam sesuatu acara yang amat bermakna, jadi pastikan anda selesaikan urusan mendapatkan Jurugambar berpengalaman dengan sebaiknya..so must be carefull:-)


MOHD HAYYU ARRASYID SOBERON
Photographer
QAYYUMPHOTOGRAPHY
Tel/SMS : 019 6346383
Email/YM : differentcomfortable(at)yahoo.com

Mohd Hayyu Arrasyid's Facebook profile

Angah & Syasya

Angah & Sasha

Hye Salam semua,

Tuan punya majlis kali ini adalah ‘Puan’ yang kecik molek dan ‘Tuan’ yang ‘ganteng’, Syasya dan Angah,.seronok dapat bekerja dengan pengantin berdua ni,.sebab family deorang ni best!!!, suasana pun mudah nak handle (almaklum kawasan JAWA!!) Syasya ni pulak memang sangat fotogenik-lah!!!, Angah pulak walaupun kurang suke bergambar tapi  sporting dan mudah nak di posekan!!!(+macho maa, mestilahh,.sebab tu sasha jatuh cinta!!),.dan yang paling seronoknye dalam majlis deorang ni ramai tul awek-awek manis,.yeahoo semangatlah kerja tuh!!..

Sentuh sikit mula cerita pengantin berdua ni begini:

Qayyum : Syasya, cerita la sikit camne korang boleh bercinte ni,..semua dalam bilik ni mesti nak dengar,.(satu bilik   sepakat gelak!!)

Syasya : Sebenarnye dulu start mase kat tempat keje

Qayyum : Korang satu tempat kerje ke dulu?(menyampuk!)

Syasya : Dulu die datang ofis handle mantainance aircond, mase tuh die kat bilik sebelah bilik Syasya,.dinding bilik pulak cermin so nampak la bilik sebelah..nampak la die jeling-jeling,..lepas tu Syasya gi bilik sebelah goyang tangge yang die naik tu,…..(masing-masing gelak besar dengar!!!)

Qayyum : oooo kirenye Sasha la start dulu,.

Syasya : Ha’a,.pastu Syasya mintak nombor telefon die dulu,…(sekali lagi satu bilik gelak besar !!!)

(sumber: mulut pengantin sendiri)


Hahaha,punyelah sweet cerite korang,..huishhh,..jadi berangan pulak Qayyum tibe-tibe ade awek datang nak mengorat,.haha,.tapi ape-ape pun korang memang ngam!!!dan tahniah sekarang korang dah sah jadi suami isteri,.ok lah macam janji Qayyum pada Syasya dan Angah malam ni Qayyum up sikit gambar untuk kasi panas line,.hehe yeahh…sekali lagi tahniah buat korang!!!!

Angah & SashaAngah & Sasha

Angah & Sasha

Angah & SashaAngah & SashaAngah & SashaAngah & SashaAngah & SashaAngah & SashaAngah & Sasha

Angah & SashaAngah & SashaAngah & SashaAngah & SashaAngah & SashaAngah & Sasha
Angah & SashaAngah & SashaAngah & Sasha

ps: Buat awek-awek disana Qayyum salam rindu buat korang~~~yeayy

komen dari syasya 09 April 2009:

good job bro.. tanz a lot.. nnti aku smpaikan slm ko kat sume dara2 kat uma aku ari tu eh…..

(Yeay!!!)

Klik di SINI untuk koleksi perkawinan Angah & Sasha

MOHD HAYYU ARRASYID SOBERON
Photographer
QAYYUMPHOTOGRAPHY
Tel/SMS : 019 6346383
Email/YM : differentcomfortable(at)yahoo.com

Mohd Hayyu Arrasyid's Facebook profile

Putrajaya Baloon Fiesta

Hye Salam Semua,.

Kali ni Qayyum nak kongsikan pengalaman kat Fiesta Belon Putrajaya yang julung-julung kali diadakan di Malaysia (sepanjang yang saye perasan lah), ape yang lebih menariknye adalah, pembiayaan acara tersebut adalah melalui pembiayaan persendirian dan bukan melalui bantuan dari kementerian pelancongan atau sebagainye,.bayangkan pembiayaan untuk acara antarabangsa macam ni,.berape banyak modal diperlukan???,.mesti banyakkan!!.

Fiesta ni sebenarnye berlansung selama 3 hari yang mana setiap hari aturcara adalah pelepasan belon udara sebanyak dua sesi iaitu pada pagi dan petang hari,.pada belah malamnya pula acara diserikan dengan persembahan ala-ala muzikal dari para peserta belon udara. Bagi Qayyum yang berpeluang pada sesi petang hari kedua, perasaan memang teruja sangat, yela kali pertama dapat peluang saksikan depan mata. Hari tu Qayyum dengan Akmal dan Tom naik satu kapal dengan Akmal,.memandangkan kami sampai lebih awal dari persembahan bermula jadi kami terpaksa menunggu sebelum acara bermula,.haish,..hari tu memang sesak,.yela lumrahlah kalau satu-satu perkara menarik mesti acara seterusnya dapat sambutan,.maka lebih ramailah akan datang,.jadi buktinya petang tu ramai sangat orang,.hurm,.yang kecewanya Qayyum sedih sebab xde lens Tele yang dipinjamkan pada kawan,..haishh,.geram pulak pada Akmal dan Tom asik skodeng sana sini,.Ops maksudnye diorang skodeng ragam manusia k,..haha tapi tatau la ape yang sebenarnye diorang buat,..lebih-lebih lagi si tom yang teruja betul hari tu pakai sistem Akmal (canon),.haiii bakal kehilangan kawan la Qayyum lepas ni,.huhu

Hari tu nampak sangat ramai jurugambar berpusu-pusu dahagakan shoot gambar belon udara,.termasuklah kami,.mengikut kata teman-teman yang dah datang pada sesi sebelum ni, jurugambar dibenarkan masuk masa krew buat persiapan dan perlepasan belon, jadi ramai jurugambar dah berkumpul di pintu masuk, memang ramai sangat. Sampai waktu yang dijanjikan untuk kami dibenarkan masuk, tapi kami masing-masing masih terpinga-pinga sebab xde sebarang respon dari pihak krew,.bila toleh kanan kami boleh nampak makcik-makcik, kapel-kapel, adik-adik kecik masuk lalu pagar yang dey all tanggal kat area terlindung belakang khemah,.haishh geram je,..tapi masing-masing sangat gentleman,.hehe,.so xde lah kecoh-kecoh,.so kami masih menunggu dengan cara yang baik untuk masuk,.tapi akhirnye masing-masing xboleh tahan seterusnya cari peluang sama-sama menyelit kat belakang khemah tadi macam “penyamun” haha,..mane boleh tahan,..tapi atleast kami cuba untuk gentleman sebelum menceroboh,.haha,..rupe-rupenye seperti yang dimaklumkan oleh krew bahawa mereka sepatutnya memang benarkan jurugambar (sahaja) masuk sepanjang tempoh 1/2 jam persiapan belon berlepas, tapi atas faktor keadaan angin yang kencang memaksa diorang halang kami masuk bagi mengelakkan keadaan kucar kacir,.ooo baru faham,..tapi mane boleh tahan,..hehe,..akhirnye bukan saje jurugambar saje yang masuk,.makcik-makcik, adik kakak dan sekampung semua ceroboh,..haishh,.penuh satu padang,.

Putrajaya Baloon Fiesta

Keadaan sesak dengan jurugambar berkumpul di pintu masuk,tapi semua gentleman,.cool lah korang!!

Putrajaya Baloon Fiesta

Antara geng-geng jurugambar dari Shah Alam dan “Muooo“, Johor yang sempat berkumpul

Putrajaya Baloon Fiesta

Putrajaya Baloon Fiesta

Persiapan krew yang sedikit terganggu atas faktor cuaca dan kehadiran jurugambar yang ramai,.hehe

Putrajaya Baloon Fiesta

I’m so lucky!!,.hari tu Qayyum sempat snap gambar abang membe kampung Qayyum ni,.hehe,.tak sangke,.kebetulan

Putrajaya Baloon Fiesta Putrajaya Baloon Fiesta

Belon Udara menggunakan bantuan trak untuk stabilkan kedudukan sebelum berlepas,.hurm,.menarikkan??

Putrajaya Baloon Fiesta

Tengoklah,.punye ramai ummat!!

Putrajaya Baloon Fiesta

Putrajaya Baloon Fiesta
Putrajaya Baloon Fiesta
Qayyum bersama Akmal dan Tom
Putrajaya Baloon Fiesta

Sebahagian shot acara malam

MOHD HAYYU ARRASYID SOBERON
Photographer
QAYYUMPHOTOGRAPHY
Tel/SMS : 019 6346383
Email/YM : differentcomfortable(at)yahoo.com

Mohd Hayyu Arrasyid's Facebook profile

Enam Puluh | EARTH HOUR

EARTH HOUR

EARTH HOUR 2009, Bukit Langat, Ampang, Kuala Lumpur, MALAYSIA

Salam semua,.

Haishh banyak gambar macam-macam program yang Qayyum join tak sempat nak upload,.tersusun-susun dalam HDD. Tapi kali ni Qayyum nak kongsikan dengan korang sambutan atau lebih suke Qayyum istilahkan sebagai kempen EARTH HOUR. EARTH HOUR memang satu perkara yang baru kat Malaysia ni, tapi sekarang dah menjadi acara tahunan seluruh dunia bagi menimbulkan kesedaran tentang isu pemanasan global,.sentuh tentang isu ni mesti ramai yang boleh tau isu ni berkaitan dengan pencairan ais kutub, rumah hijau,.dan macam-macam lagi..yela dari sekolah dah didedahkan tentang benda ni,.tapi dari aspek kesedaran dan mentaliti masyarakat untuk menyokong EARTH HOUR di Malaysia masih dalam tahap hampir mustahil,.mungkin masih boleh diterima dari segi alasan tahun pertama sambutannya di Malaysia,.

Ade yang memberi alasan :

“Aku nak tengok AF laa”

“gelap lah nk wat assignment”

“ala tutup satu jam je??baik xyah,..lain la tutup satu hari”

“haishh maksiat2!!!”😛

EARTH HOUR bukanlah kewajipan,.bukan jugak satu kemestian yang tercatit dalam rukun Negara,.tapi lebih kepada kepekaan dan kesedaran masyarakat dunia tentang fenomena dunia sekarang ni,.bayangkan kite sebagai manusia boleh jatuh sakit sebab seekor nyamuk dan fikirkan pulak bumi ni boleh jatuh sakit akibat berbilion penduduk bumi ni,. jadi fikir-fikirkan lah nasib bumi kita ni nanti,kalau tuan rumah halau bolehlah pindah rumah,..kalau dah bumi ni musnah boleh ke pindah planet lain eh??

Enjoy??Party??Mabuk-Mabuk??Ehem2??,…nope,..bukan tu caranye,.cara untuk memberi sokongan pada kempen ni cukup mudah,.padamkan lampu,.dan bertakafur, bagi orang Islam sebaiknye berdoa kesejahteraan dunia..mudahkan??,.tak buat??.its ok,.tahun depan kite sokong same k..

EARTH HOUR

EARTH HOUR

KLCC dan Menara KL antara yang ketara menyokong EARTH HOUR malam tu

EARTH HOUR

Thanks to Hafizally, Udey Ismail, Azral Ramlay, Fuad AF n geng syiok lepak dengan korang malam tu,.hopefully ade outing lepas ni,.

EARTH HOUR

KL tetap terang benderang,.erm,.no komen,.

Sindiran khas untuk diri sendiri:

“Qayyum tukar la motor tu,…asap ko banyak noooo,…kesian sikit kat Bumi,..”

HARAP-HARAP EARTH HOUR TAHUN DEPAN LAGI RAMAI YANG BAGI SOKONGAN,..:))


WORKSHOP PHOTOSHOP ADHADI MOHD

Adhadi Workshop

Qayyum dan 15 peserta Workshop Photoshop Adhadi Mohd 28 & 29 Mac 2009


MOHD HAYYU ARRASYID SOBERON
Photographer
QAYYUMPHOTOGRAPHY
Tel/SMS : 019 6346383
Email/YM : differentcomfortable(at)yahoo.com

Mohd Hayyu Arrasyid's Facebook profile

Anak Buahku

Ini anak buah saya, dia comel macam saya, tak percaya??cubelah tatap rupe saya,..haha

Hye Salam semua,.

Terlebih dulu Qayyum nak panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah atas limpah kurniaNya. Memang Qayyum cukup seronok semenjak kebelakangan ni sebab terus-terusan di hujani berita-berita gembira,.yang utamanya antaranya seronok bila dapat kerja baru, then dapat tengok konsert M. Nasir percuma dan kali ni berita yang bukan saje menggembirakan diri sendiri malah satu keluarga sama-sama terima berita gembira ni, Qayyum DAPAT ANAK BUAH SULONG!!!,..YEAYYY!!!

Berita gembira ni Qayyum terima lebih kurang jam 4 petang masa keluar dengan Bos untuk selesaikan urusan pejabat, along SMS bagitau:


Along : Abang dah dapat anak, datang la melawat pukul 5 petang -8 malam

Qayyum : Tahniah!!! anak lelaki ke perempuan?

Along : Perempuan,.nanti ko datang la bawak kamera sekali.


Haha,.hepynye bile dapat tau,.Bos jadi orang pertama Qayyum bagitau,.balik kat opis pulak berita gembira tu  Qayyum sebarkan kat geng-geng opis,..haha,..memang jakun siket,.almaklum la anak buah sulong,..hehe,..masing-masing ucap tahniah,..Thanks semua. Qayyum memang jenis yang sayang dengan budak-budak,.kalau tengok paras rupe mungkin memang agak menggerunkan tapi hati mulus beb!!,..haha..sebelum ni asyik tatang anak budak sedara je,..sekarang dah ade anak buah sendiri abes la korang,..bakal aku anak tirikan lah!!haha,..(xde la aku still sayang korang laa, selagi comel la tapi,..keke) ….

Anak Buahku

Kat dalam opis tadi rase nak melompat-lompat balik cepat,.tapi urusan opis masih tak sudah,.kang lari awal kene pulak esok dengan kerja menimbun untuk urusan meeting,.haishhh,,.baik satle hari ni je,.walhal dalam hati nak je cabut tepat jam 5.15 petang tapi sudahnya balik jam 6++petang jugak,..lepastu balik kerumah mandi manda dulu,.yela depan anak buah kene la ensem-ensem,..bagi penampilan terbaik depan anak buah keke,..macam la die tau,..lepas siap berdandan ngan rebonding rambut & sembur-sembur perfume barang sebotol dua terus capai kamera dan start motor Yamaha R1 menuju PPUM,..Seronok betul sampai tersenyum sesorang atas motor sepanjang jalan,..xcited giler,.pulak tu sepanjang jalan rase macam semua trafik light semuanya hijau bila Qayyum nak lalu,..haha macam paham-paham je naluri hati yang gembira ni,..hehe,..syukur tepat-tepat azan Maghrib je sampai kat PPUM,.walaupun sesat turun naik tangga & lif tapi akhirnye jumpe jugak bilik wad tu,..sampai je wad tengok dah ramai kerumun katil kakak ipar Qayyum,..dari jauh Qayyum dah tersenyum then bila tengok baby tu lagi la tersenyum lebar dibuatnye,..Syukur semuanya selamat,.baby tu sepet macam mak die,.haha,..jambu macam pakcik die,.haha

Anak Buahku
Anak Buahku
Anak Buahku

Tahniah Along, Kak Rin, Mama, Ayah, Mila sebab korang dah naik pangkat,..korang dah jadi mak ayah nenek atok & makcik!!!,..syukur pada tuhan,..

Tengah-tengah malam ni tiba-tiba teringat arwah angah Al-fatihah untuk arwah,…

Nak tengok baby comel boleh klik kat SINI


ps: Sejuk redah hujan sepanjang balik ke Shah Alam tadi,..blrrrrrrrr,..


MOHD HAYYU ARRASYID SOBERON
Photographer
QAYYUMPHOTOGRAPHY
Tel/SMS : 019 6346383
Email/YM : differentcomfortable(at)yahoo.com

Mohd Hayyu Arrasyid's Facebook profile