Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Corporate’ Category

Konsert Alam Muzik M. Nasir Istana Budaya

Aksi seorang ‘Sifo’ M. Nasir di Konsert Alam Muzik M. Nasir Istana Budaya | Qayyum Soberon, MALAYSIA

Hye Salam semua,.

Qayyum rase sangat berbesar hati sekali kali ni sebab dapat peluang yang sangat susah kebanyakan orang dapat,.yup peluang untuk tonton Konsert ‘Sifo’ M. Nasir secara live!!!,..dan yang seronoknye bukan sebagai penonton biasa,.tapi dalam masa yang sama masuk sebagai 2nd  Photog yang membantu Bobz yang selaku Official Photog bagi Konsert Alam Muzik M. Nasir pada  27, 28 dan 29 Februari 2009 bertempat di Istana Budaya,.Thanks pada bob sebab bagi peluang yang berharga ni,.bukan mudah untuk dapat peluang macam ni,.syukur rezeki dapat peluang ni.

Walaupun Qayyum hanya berpeluang untuk shoot hanya satu malam konsert iaitu pada Sabtu, 28 Feb 2009, tapi Qayyum happy sangat,.tapi cuma yang kurang seronoknye pada malam tu Qayyum hanya berbekalkan 2 lens, wide lens 10-20mm f 3.4-5.6 dan prime lens 50mm f 1.8,..ye,.. lens kontot2 belaka,…haha,..sebenarnya nak dijadikan cerita beberapa jam selepas  Qayyum hantar servis push pull 80-200mm f 2.8 di J One atas sebab masalah kewujudan ‘hydroponik’ dalam lens tu,..haha ofcoz sebab fungus,.baru Qayyum terima call dari Bobz yang pelawa Qayyum join die shoot,..sedih betul…macam-macam shot yang x mampu ditangkap malam tu yang hanya mampu Qayyum berangan-angan je disebabkan ketiadaan lens tu,.WAAAA…tapi ape kan daya,.dah takdir,..

Konsert Alam Muzik M. Nasir Istana Budaya

Malam tu Qayyum memang sangat kekok malah agak janggal rasenya nak shoot,.almaklumlah buat pertama kalinya shoot kat dalam pentas teater,.Istana Budaya pulak tu,.tempat yang memang ketat protokol acaranya,.selain dilarang shoot menggunakan flash didalam dewan teater, penonton jugak dilarang duduk di tangga,.walaupun PRESS!!!!mungkin atas dasar konsep kelolaan kerajaan dan acara berbayar. Sudahla dengan lens-lens yang comel, dapat pulak halangan protokol majlis macam tu,.Tag “All Access” pun susah nak tolong,.itulah mungkin salah satu cabaran event photog,.tapi dah dinamakan kerja kenalah tunaikan tanggungjawab,.Seawal-awal masuk je ke dalam dewan teater Qayyum dah janggal dengan kehadiran 2 orang press photog,.uihh,.panjang-panjang & putih-putih lens diorang,.dan yang buat Qayyum bertambah segan, diorang ni dua-duanya perempuan,.haishh,..ape lah jauh darjat aku malam tu,..haishh,..pada malam tu seat memang penuh dan hanya beberapa seat kosong yang rata-rata dibaris belakang dan sememangnya merumitkan usaha Qayyum untuk dapatkan ‘tight shot’,.so hasilnya cume shot aksi M. Nasir yang agak halus-halus,.dalam hati melonjak-lonjak untuk penuhkan keinginan dapatkan ‘tight shot’, agak lama Qayyum terpaksa menunggu untuk dapat shot tu,.dan selepas hampir separuh dari keseluruhan lagu dinyanyikan oleh M. Nasir,.yang agak diluar jangkaan bila ramai penonton bangun, menari dan menyanyi,…fuh,..memang meriah malam tu dengan VVIP pun sama-sama menari & menyanyi,.tulah aura M. Nasir,.protokol Istana Budaya senang-senang je dia pecahkan,,.haha,..so bile dah keadaan jadi macam tu ape lagi,.Qayyum pun ambik peluang tu meluru kedepan kat celah-celah penonton yang berjoget untuk dapat shot idaman Qayyum,.2 – 3 kali jugak Qayyum terpakse belari kedepan & kebelakang untuk mengelak dari aksi dikesan petugas-petugas IB malam tu,..haha,..dah macam pencuri pulak malam tu,.puas hati Qayyum masa tu,.dan yang pasti M. Nasir lagi puas bila malam tu semua penonton sporting habis,.mana taknye dikhabarkan malam sebelumnya penonton yang bangun disuruh duduk semula,.dah tentu M. Nasir terasa hati,.so malam ni semuanya dapat diatasi,.haha,..Konsert Alam Muzik M. Nasir Istana Budaya

Aura ‘Sifo’ M. Nasir berjaya memukau ribuan penonton yang hadir pada malam Konsert Alam M. Nasir di Istana Budaya| Qayyum Soberon, MALAYSIA

Konsert Alam Muzik M. Nasir Istana Budaya

Persembahan M. Nasir berjaya memecah protokol Istana Budaya pada Konsert Alam Muzik M. Nasir| Qayyum Soberon, MALAYSIA

Konsert Alam Muzik M. Nasir Istana Budaya

Aziz Bakar sama-sama bangun menari dan menyanyi sebagai tanda sokongan| Qayyum Soberon, MALAYSIA

Malam tu M. Nasir cukup sporting bila keluar semula dan menyanyi selepas tamat nyanyikan kesemua lagu yang dirancangkan,..semuanya disebabkan seluruh penonton dalam dewan sama-sama laung “WE WANT MORE” berkali-kali dan kalau tak silap lebih kurang 4 lagu jugak M. Nasir lepas tu,..fuh memang sporting habes!!!keseluruhan lagu mungkin mencecah sampai 29 lagu,..kalau Qayyum nak karaoke pun 5 lagu pun dah perit,.dah nampak M. Nasir Penghibur Semula Jadi!!!,.

Klik SINI untuk lain-lain gambar Konsert Alam Muzik M. Nasir Istana Budaya


MOHD HAYYU ARRASYID SOBERON
Photographer
QAYYUMPHOTOGRAPHY
Tel/SMS : 019 6346383
Email/YM : differentcomfortable(at)yahoo.com

Mohd Hayyu Arrasyid's Facebook profile

Read Full Post »

Majlis : SIC Awards Ceremony
Tarikh : 28 November 2008
Lokasi: Sunway Pyramid Convention Centre

dsc_1160-copy

Pada tanggal 28 November yang lepas Qayyum telah berkesempatan menghadiri antara sebuah acara yang besar dalam kalendar sukan permotoran yang di kendalikan oleh SIC, atas tiket majalah BIKERZ Qayyum dipelawa oleh saudara Aqmal yang juga Co Editor dan Abol yang juga Editor BIKERZ,.

VVIP yang hadir antaranya adalah Datuk Mokhzani Mahathir yang merupakan peneraju SIC. Penganjuran malam anugerah tersebut adalah bagi memberi anugerah kepada para pelumba yang menyertai perlumbaan-perlumbaan yang dianjurkan di SIC disepanjang tahun 2008, tugas Qayyum malam tersebut tidaklah terlalu berat, dan lebih kepada tugasan ringan bagi liputan BIKERZ dan lebih menjurus kepada tugas melahap,.hehe,.jadi itu saje buat kali ni,.buat para pencinta sukan permotoran, semoga semakin memeriahkan sukan permotoran Malaysia!!

dsc_0325-copydsc_0269-copydsc_0264-copy

dee menghiburkan tetamu dengan jenaka “hot”,..hehe,.siape yang ade je tau ape kisahnye
dsc_0378-copybersama kenalan lama dan baru*kredit pada Aqmal Faiz Hamdi

Read Full Post »

Acara : Majlis Pelancaran Website http://www.ismalina.com
Tarikh : 26 Julai 2008
Lokasi : Restoran Rasa Sayang, Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur
Official Photog : Chief Baker
Tag Along : Qayyum:-)

Kali ini aku berpeluang menerima pelawaan Chief Baker (rakan CS Photo Scholl) untuk shot satu majlis korperat yang berlangsung di Restoran Rasa Sayang yang terletak di Jalan Yap Kwan Seng Kuala Lumpur. Majlis tersebut adalah merupakan satu majlis pelancaran website Datin Ismalina Ismail iaitu www.ismalina.com. Seronok rasenye dapat peluang untuk terlibat dalam acara sebegini, tapi jujur aku katekan aku masih perlu belajar untuk PR dengan orang2 kenamaan dan koperat sebab pade hari tu aku hanya mampu tersenyum bila bertentang mata dengan orang2 kenamaan yang ada pada haritu,.walhal itulah peluang untuk aku meluaskan kerjaya sebagai Photog,meskipun sebagai menghormati OP pada hari tu dengan tidak mengedarkan business kad tapi at least aku sepatutnya aku mampu untuk mengukuhkan PR aku dan mengetengahkan diri dikalangan orang2 kenamaan dan jemputan yang hadir dengan bersembang atau sebagainya asalkan aku menghormati OP. Antara yang hadir pada majlis pelancaran tersebut sebagai tanda sokongan adalah suami beliau Datuk Reezal Merican Naina Merican dan anak2 serta adalah rakan2 dan para penyokong Datin Ismalina dan suami termasuk pasangan selebriti Riezman dan isteri dan anak2 (termasuk yang didalam perut)hehe..

Hari tu mmg niat aku ikhlas untuk membantu Chief Baker selaku tag along sebab dah xde ape nak buat sebab duk tidur dan melepak sesaje kat umah sehari dua tu,.jadi aku amik peluang tu sebagai latihan untuk aku kendalikan sesuatu acara korperat pada masa2 akan datang, yang pastinya tak rugi rajin belajar dan praktis, insyaAllah bertambah mahir. Alhamdulillah semuanya berlangsung dengan baik dan berkesudahan dengan sempurna sekali meskipun terdapat masalah teknikal pada pihak pengendali program tersebut. Tapi ape yang mengejutkan aku bile aku dan Chief Baker same2 lepak2 di Restoran Kampung Pandan, Jalan Yap Kwan Seng tetibe Chief Baker pulang SD kad aku dengan note RMXX,..ades berat aku nak terima sebab niat memang nak isi kebosanan je pade hari tuh. Tapi dah rezeki dan aku terima sebagai tanda hormat pemberian orang. THANKS BRO:-).

So inilah antara gambar yang aku ingin konsikan sepanjang majlis tuh,..ENJOYS..








Read Full Post »