Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘budak’

Anak Buahku

Ini anak buah saya, dia comel macam saya, tak percaya??cubelah tatap rupe saya,..haha

Hye Salam semua,.

Terlebih dulu Qayyum nak panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah atas limpah kurniaNya. Memang Qayyum cukup seronok semenjak kebelakangan ni sebab terus-terusan di hujani berita-berita gembira,.yang utamanya antaranya seronok bila dapat kerja baru, then dapat tengok konsert M. Nasir percuma dan kali ni berita yang bukan saje menggembirakan diri sendiri malah satu keluarga sama-sama terima berita gembira ni, Qayyum DAPAT ANAK BUAH SULONG!!!,..YEAYYY!!!

Berita gembira ni Qayyum terima lebih kurang jam 4 petang masa keluar dengan Bos untuk selesaikan urusan pejabat, along SMS bagitau:


Along : Abang dah dapat anak, datang la melawat pukul 5 petang -8 malam

Qayyum : Tahniah!!! anak lelaki ke perempuan?

Along : Perempuan,.nanti ko datang la bawak kamera sekali.


Haha,.hepynye bile dapat tau,.Bos jadi orang pertama Qayyum bagitau,.balik kat opis pulak berita gembira tu  Qayyum sebarkan kat geng-geng opis,..haha,..memang jakun siket,.almaklum la anak buah sulong,..hehe,..masing-masing ucap tahniah,..Thanks semua. Qayyum memang jenis yang sayang dengan budak-budak,.kalau tengok paras rupe mungkin memang agak menggerunkan tapi hati mulus beb!!,..haha..sebelum ni asyik tatang anak budak sedara je,..sekarang dah ade anak buah sendiri abes la korang,..bakal aku anak tirikan lah!!haha,..(xde la aku still sayang korang laa, selagi comel la tapi,..keke) ….

Anak Buahku

Kat dalam opis tadi rase nak melompat-lompat balik cepat,.tapi urusan opis masih tak sudah,.kang lari awal kene pulak esok dengan kerja menimbun untuk urusan meeting,.haishhh,,.baik satle hari ni je,.walhal dalam hati nak je cabut tepat jam 5.15 petang tapi sudahnya balik jam 6++petang jugak,..lepastu balik kerumah mandi manda dulu,.yela depan anak buah kene la ensem-ensem,..bagi penampilan terbaik depan anak buah keke,..macam la die tau,..lepas siap berdandan ngan rebonding rambut & sembur-sembur perfume barang sebotol dua terus capai kamera dan start motor Yamaha R1 menuju PPUM,..Seronok betul sampai tersenyum sesorang atas motor sepanjang jalan,..xcited giler,.pulak tu sepanjang jalan rase macam semua trafik light semuanya hijau bila Qayyum nak lalu,..haha macam paham-paham je naluri hati yang gembira ni,..hehe,..syukur tepat-tepat azan Maghrib je sampai kat PPUM,.walaupun sesat turun naik tangga & lif tapi akhirnye jumpe jugak bilik wad tu,..sampai je wad tengok dah ramai kerumun katil kakak ipar Qayyum,..dari jauh Qayyum dah tersenyum then bila tengok baby tu lagi la tersenyum lebar dibuatnye,..Syukur semuanya selamat,.baby tu sepet macam mak die,.haha,..jambu macam pakcik die,.haha

Anak Buahku
Anak Buahku
Anak Buahku

Tahniah Along, Kak Rin, Mama, Ayah, Mila sebab korang dah naik pangkat,..korang dah jadi mak ayah nenek atok & makcik!!!,..syukur pada tuhan,..

Tengah-tengah malam ni tiba-tiba teringat arwah angah Al-fatihah untuk arwah,…

Nak tengok baby comel boleh klik kat SINI


ps: Sejuk redah hujan sepanjang balik ke Shah Alam tadi,..blrrrrrrrr,..


MOHD HAYYU ARRASYID SOBERON
Photographer
QAYYUMPHOTOGRAPHY
Tel/SMS : 019 6346383
Email/YM : differentcomfortable(at)yahoo.com

Mohd Hayyu Arrasyid's Facebook profile

Advertisements

Read Full Post »