Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Kuala Lumpur’

Teater Mimpi
Hye Salam semua,

Pada 4 April 2009 yang lepas Qayyum menerima tawaran mengejut dari Fadh bagi liputan fotografi untuk pementasan teater MIMPI lakonan dan produksi pelajar UiTM Puncak Perdana di Istana Budaya. Kalau kali pertama dulu Qayyum dapat peluang keemasan memberi liputan untuk konsert Alam Muzik M Nasir kali ni merupakan kali kedua yang jugak memberi peluang yang bagus kepada Qayyum meskipun dalam keadaan mengejut!!,.Produksi pementasan teater MIMPI pernah mendapatkan khidmat fotografi untuk barisan produksi dan pelakon untuk teater ini sebelum ini, jadi kali ini merupakan peluang kedua kami bekerjasama.

Sabtu 4 April 2009 dalam lebih kurang jam 2 petang Fadh call maklumkan permintaan produksi teater MIMPI untuk liputan fotografi sepanjang pementasan di Istana Budaya sedangkan jam 8 malam Qayyum ade tugasan majlis perkahwinan Angah & Sasha,.haishh geleng kepala masa tuh!!,.ikut kehendak hati memang dah tolak bulat-bulat sebab bagi Qayyum komitmen pada client lebih penting,.penting untuk jaga reputasi market Qayyum,.tapi selepas Fadh janji untuk pastikan Qayyum balik tepat pada masanya jadi permintaan tu diterima,.Syukur lepas tamat pementasan,meskipun agak terlewat Qayyum cuba sedaya upaya untuk sampai ke majlis Angah & Sasha dan selamat sampai ke majlis tepat pada masa sebelum majlis..Syukur!!!:-)
Teater Mimpi
Teater Mimpi

Foto hasil kerja QAYYUMPHOTOGRAPHY di pamerkan di Istana Budaya sempena pementasan teater Mimpi arahan Jim O’connor yang diadaptasi dari karya William Shakespeare

Teater MimpiTeater MimpiTeater MimpiTeater MimpiTeater Mimpi

Pesanan Ikhlas: Peranan Jurugambar juga adalah antara yang terpenting disebalik sebarang majlis dan acara, terutama dalam sesuatu acara yang amat bermakna, jadi pastikan anda selesaikan urusan mendapatkan Jurugambar berpengalaman dengan sebaiknya..so must be carefull:-)


MOHD HAYYU ARRASYID SOBERON
Photographer
QAYYUMPHOTOGRAPHY
Tel/SMS : 019 6346383
Email/YM : differentcomfortable(at)yahoo.com

Mohd Hayyu Arrasyid's Facebook profile

Advertisements

Read Full Post »

EARTH HOUR

EARTH HOUR 2009, Bukit Langat, Ampang, Kuala Lumpur, MALAYSIA

Salam semua,.

Haishh banyak gambar macam-macam program yang Qayyum join tak sempat nak upload,.tersusun-susun dalam HDD. Tapi kali ni Qayyum nak kongsikan dengan korang sambutan atau lebih suke Qayyum istilahkan sebagai kempen EARTH HOUR. EARTH HOUR memang satu perkara yang baru kat Malaysia ni, tapi sekarang dah menjadi acara tahunan seluruh dunia bagi menimbulkan kesedaran tentang isu pemanasan global,.sentuh tentang isu ni mesti ramai yang boleh tau isu ni berkaitan dengan pencairan ais kutub, rumah hijau,.dan macam-macam lagi..yela dari sekolah dah didedahkan tentang benda ni,.tapi dari aspek kesedaran dan mentaliti masyarakat untuk menyokong EARTH HOUR di Malaysia masih dalam tahap hampir mustahil,.mungkin masih boleh diterima dari segi alasan tahun pertama sambutannya di Malaysia,.

Ade yang memberi alasan :

“Aku nak tengok AF laa”

“gelap lah nk wat assignment”

“ala tutup satu jam je??baik xyah,..lain la tutup satu hari”

“haishh maksiat2!!!” šŸ˜›

EARTH HOUR bukanlah kewajipan,.bukan jugak satu kemestian yang tercatit dalam rukun Negara,.tapi lebih kepada kepekaan dan kesedaran masyarakat dunia tentang fenomena dunia sekarang ni,.bayangkan kite sebagai manusia boleh jatuh sakit sebab seekor nyamuk dan fikirkan pulak bumi ni boleh jatuh sakit akibat berbilion penduduk bumi ni,. jadi fikir-fikirkan lah nasib bumi kita ni nanti,kalau tuan rumah halau bolehlah pindah rumah,..kalau dah bumi ni musnah boleh ke pindah planet lain eh??

Enjoy??Party??Mabuk-Mabuk??Ehem2??,…nope,..bukan tu caranye,.cara untuk memberi sokongan pada kempen ni cukup mudah,.padamkan lampu,.dan bertakafur, bagi orang Islam sebaiknye berdoa kesejahteraan dunia..mudahkan??,.tak buat??.its ok,.tahun depan kite sokong same k..

EARTH HOUR

EARTH HOUR

KLCC dan Menara KL antara yang ketara menyokong EARTH HOUR malam tu

EARTH HOUR

Thanks to Hafizally, Udey Ismail, Azral Ramlay, Fuad AF n geng syiok lepak dengan korang malam tu,.hopefully ade outing lepas ni,.

EARTH HOUR

KL tetap terang benderang,.erm,.no komen,.

Sindiran khas untuk diri sendiri:

“Qayyum tukar la motor tu,…asap ko banyak noooo,…kesian sikit kat Bumi,..”

HARAP-HARAP EARTH HOUR TAHUN DEPAN LAGI RAMAI YANG BAGI SOKONGAN,..:))


WORKSHOP PHOTOSHOP ADHADI MOHD

Adhadi Workshop

Qayyum dan 15 peserta Workshop Photoshop Adhadi Mohd 28 & 29 Mac 2009


MOHD HAYYU ARRASYID SOBERON
Photographer
QAYYUMPHOTOGRAPHY
Tel/SMS : 019 6346383
Email/YM : differentcomfortable(at)yahoo.com

Mohd Hayyu Arrasyid's Facebook profile

Read Full Post »

Konsert Alam Muzik M. Nasir Istana Budaya

Aksi seorang ‘Sifo’ M. Nasir di Konsert Alam Muzik M. Nasir Istana Budaya | Qayyum Soberon, MALAYSIA

Hye Salam semua,.

Qayyum rase sangat berbesar hati sekali kali ni sebab dapat peluang yang sangat susah kebanyakan orang dapat,.yup peluang untuk tonton Konsert ‘Sifo’ M. Nasir secara live!!!,..dan yang seronoknye bukan sebagai penonton biasa,.tapi dalam masa yang sama masuk sebagai 2ndĀ  Photog yang membantu Bobz yang selaku Official Photog bagi Konsert Alam Muzik M. Nasir padaĀ  27, 28 dan 29 Februari 2009 bertempat di Istana Budaya,.Thanks pada bob sebab bagi peluang yang berharga ni,.bukan mudah untuk dapat peluang macam ni,.syukur rezeki dapat peluang ni.

Walaupun Qayyum hanya berpeluang untuk shoot hanya satu malam konsert iaitu pada Sabtu, 28 Feb 2009, tapi Qayyum happy sangat,.tapi cuma yang kurang seronoknye pada malam tu Qayyum hanya berbekalkan 2 lens, wide lens 10-20mm f 3.4-5.6 dan prime lens 50mm f 1.8,..ye,.. lens kontot2 belaka,…haha,..sebenarnya nak dijadikan cerita beberapa jam selepasĀ  Qayyum hantar servis push pull 80-200mm f 2.8 di J One atas sebab masalah kewujudan ‘hydroponik’ dalam lens tu,..haha ofcoz sebab fungus,.baru Qayyum terima call dari Bobz yang pelawa Qayyum join die shoot,..sedih betul…macam-macam shot yang x mampu ditangkap malam tu yang hanya mampu Qayyum berangan-angan je disebabkan ketiadaan lens tu,.WAAAA…tapi ape kan daya,.dah takdir,..

Konsert Alam Muzik M. Nasir Istana Budaya

Malam tu Qayyum memang sangat kekok malah agak janggal rasenya nak shoot,.almaklumlah buat pertama kalinya shoot kat dalam pentas teater,.Istana Budaya pulak tu,.tempat yang memang ketat protokol acaranya,.selain dilarang shoot menggunakan flash didalam dewan teater, penonton jugak dilarang duduk di tangga,.walaupun PRESS!!!!mungkin atas dasar konsep kelolaan kerajaan dan acara berbayar. Sudahla dengan lens-lens yang comel, dapat pulak halangan protokol majlis macam tu,.Tag “All Access” pun susah nak tolong,.itulah mungkin salah satu cabaran event photog,.tapi dah dinamakan kerja kenalah tunaikan tanggungjawab,.Seawal-awal masuk je ke dalam dewan teater Qayyum dah janggal dengan kehadiran 2 orang press photog,.uihh,.panjang-panjang & putih-putih lens diorang,.dan yang buat Qayyum bertambah segan, diorang ni dua-duanya perempuan,.haishh,..ape lah jauh darjat aku malam tu,..haishh,..pada malam tu seat memang penuh dan hanya beberapa seat kosong yang rata-rata dibaris belakang dan sememangnya merumitkan usaha Qayyum untuk dapatkan ‘tight shot’,.so hasilnya cume shot aksi M. Nasir yang agak halus-halus,.dalam hati melonjak-lonjak untuk penuhkan keinginan dapatkan ‘tight shot’, agak lama Qayyum terpaksa menunggu untuk dapat shot tu,.dan selepas hampir separuh dari keseluruhan lagu dinyanyikan oleh M. Nasir,.yang agak diluar jangkaan bila ramai penonton bangun, menari dan menyanyi,…fuh,..memang meriah malam tu dengan VVIP pun sama-sama menari & menyanyi,.tulah aura M. Nasir,.protokol Istana Budaya senang-senang je dia pecahkan,,.haha,..so bile dah keadaan jadi macam tu ape lagi,.Qayyum pun ambik peluang tu meluru kedepan kat celah-celah penonton yang berjoget untuk dapat shot idaman Qayyum,.2 – 3 kali jugak Qayyum terpakse belari kedepan & kebelakang untuk mengelak dari aksi dikesan petugas-petugas IB malam tu,..haha,..dah macam pencuri pulak malam tu,.puas hati Qayyum masa tu,.dan yang pasti M. Nasir lagi puas bila malam tu semua penonton sporting habis,.mana taknye dikhabarkan malam sebelumnya penonton yang bangun disuruh duduk semula,.dah tentu M. Nasir terasa hati,.so malam ni semuanya dapat diatasi,.haha,..Konsert Alam Muzik M. Nasir Istana Budaya

Aura ‘Sifo’ M. Nasir berjaya memukau ribuan penonton yang hadir pada malam Konsert Alam M. Nasir di Istana Budaya| Qayyum Soberon, MALAYSIA

Konsert Alam Muzik M. Nasir Istana Budaya

Persembahan M. Nasir berjaya memecah protokol Istana Budaya pada Konsert Alam Muzik M. Nasir| Qayyum Soberon, MALAYSIA

Konsert Alam Muzik M. Nasir Istana Budaya

Aziz Bakar sama-sama bangun menari dan menyanyi sebagai tanda sokongan| Qayyum Soberon, MALAYSIA

Malam tu M. Nasir cukup sporting bila keluar semula dan menyanyi selepas tamat nyanyikan kesemua lagu yang dirancangkan,..semuanya disebabkan seluruh penonton dalam dewan sama-sama laung “WE WANT MORE” berkali-kali dan kalau tak silap lebih kurang 4 lagu jugak M. Nasir lepas tu,..fuh memang sporting habes!!!keseluruhan lagu mungkin mencecah sampai 29 lagu,..kalau Qayyum nak karaoke pun 5 lagu pun dah perit,.dah nampak M. Nasir Penghibur Semula Jadi!!!,.

Klik SINI untuk lain-lain gambar Konsert Alam Muzik M. Nasir Istana Budaya


MOHD HAYYU ARRASYID SOBERON
Photographer
QAYYUMPHOTOGRAPHY
Tel/SMS : 019 6346383
Email/YM : differentcomfortable(at)yahoo.com

Mohd Hayyu Arrasyid's Facebook profile

Read Full Post »

25 haribulan lepas sesaje jejalan + try untuk memenuhi keinginan membe (hafiz) untuk shot bangunan KTM,.sebelum tu kami dah singgah ke “sebuah” kedai gambar kat area2 KL ni,.then singgah pulak ke Digicolor Jalan Ipoh sebab bajet nk cari ape2 yang patut,.tapi ape yang patut cari semua xde ,,..sampaikan yang x patut cari aku cari pn xde,..hamboi2 laris tul bisnes die ni,..

so kat KTM tuh sesaje shot2,..& shot,..sampai pakcik2 driver2 kat sane tye itu dan ini macam “untuk ape ni?”, “untuk assignment ke?” dan bla2,..saje nak enterprem ke xtau la,..hehe,..nk berlapik2 lak ayat,..hehe,..sampai tye “bpe ribu kamera ni dik?”,..aiseh,.lemah tul la soalan tu,.sbb aku xsuke jawap mende2 cam tu,.risau nt orang kate belagak pulak,..dah terbiase dari kecik xsuke cakap benda2 yang menunjuk2,.didikan family mmg cam tu dari aku kecik2,..Alhamdulillah,..ntah2 pakcik tu lagi hebat n belakun tatau pape,..so play safe aku cakap ler,.xK,..heehee,..then sembang2 ngan pakcik tu tentang perkhidmatan bas kat situ,.”cume bas Nice saje gune stesen ni” kate diorang,..

Then sambil2 shot tu tetibe terperasan kelibat sorang brader ni yang agak familiar,..yeszaa,.tu Bro Wazi tu,..Star Trek Cuprix tuh,..lepas bersalaman dengan die aku minte izin bergambar,.bukan senang nak bergambar dgn die ni,.meskipun sekarang dah x race lg & jadi instructor aku masih anggap die antara pelumba negara yang hebat,..so tugas die jadi instructor sekarang ni aku respek,.sebab memang layak dengan kepakaran beliau,.lagi2 tugas dia banyak melibatkan untuk kesedaran mat2 rempit supaya memilih cara yang betul dalam memuaskan kehendak mereka & bukan kat atas jalan yang xde insurans tu,..hehe,..syabas bro!!

dah tatau nak merepek ape, so abes la kat sini,.nanti aku akan uplodkan gamba2 yang sempat dishot sebelum hari naik gelap,..salam,.

Wazi Abdul Hamid (born 1971) is a famous motorcycle cub prix rider from Malaysia, winning the 1996 125 cc. Underbone championship. He retired from the motorcycle racing industry in December 2006 and recently, he opened a pocket bike racing course in Taman Desa near Desa Waterpark in Kuala Lumpur together with Shahrol Yuzy. The racing course is known as Yuzywazi Race Course. Wikipedia


ps: sengih kaw2 pyer, tak henggat:-P

Read Full Post »